Tuesday, November 17, 2009

PENGENALAN


Pengenalan


Seri Jemari Songket Enterprise merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal bumiputera. Perniagaan ini mula ditubuhkan pada 02 September 2003, dan telah bertapak hampir 7 tahun. Seri Jemari Songket telah berkembang dengan 20 tahun pengalaman dalam industri ini menerusi hubungan perniagaan tradisi keluarga. Bermula sebagai agen jualan kepada beberapa pemborong dan pengeluar, perniagaan keluarga ini telah dibesarkan lagi cabangnya maka tertubuhlah Seri Jemari Songket pada tahun 2003.

Seri Jemari Songket menawarkan fabrik songket dan batik sutera yang pasti menepati citarasa pelanggan. Kami juga menawarkan perkhidmatan jahitan pelbagai jenis pakaian, kostium kebudayaan, pakaian korporat, jahitan langsir secara komersil dan juga kelengkapan pakaian lain. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan catering, peralatan cenderamata dan membekal pelbagai seni kraftangan seperti ukiran kayu dan peralatan tembaga.

Syarikat juga menyediakan ruang kepada para pelanggan memberi idea dan seterusnya saling bekerjasama dalam merealisasikan produk yang bermutu tinggi untuk memenuhi citarasa pelanggan pada harga yang berpatutan.

Akhirnya, kami dalam proses menjadikan perniagaan ini sebagai pengimport, pengeluar dan pembekal terbesar.






No comments:

Post a Comment